Tuesday, January 12, 2010

Tiupan Trompet..

Malaikat Israfil, pada..tiba masanya akan meniup sangkakala, dan matilah semua hidupan didunia kecuali yang Allah mahukan ia kekal, tiupan kedua bangkitlah manusia, menuju ke padang masyhar..

"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menuggu (keputusan masing-masing)."

Ayat ini menyatakan dua tiupan, pertama untuk kematian dan kedua untuk kebangkitan semula.

firman Allah Ta'ala (al-naml 27:87)

"Dan ingatlah hari ketika ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadapNya dengan merendahkan diri.

Pendapat pertama berkenaan ayat ini ialah mereka yang mengatakan bahwa ketakutan ini ialah kematian (iaitu tiupan pertama) yang terdapat dalam ayat sebelumnya (al-Zumar 39:68). Pendapat ini dikuatkan oleh yang berikut:

"Kemudian ditiup sangkakala yang mana tidak seorangpun mendengarnya kecuali akan ketakutan. Orang pertama mendengarnya ialah seorang lelaki yang sedang membaiki telaga untanya, lalu dia dimatikan dan disusuli pula dengan sekalian manusia. Kemudian Allah akan menghantar atau menurunkan hujan yang dengannya akan bercambah kembali badan-badan manusia dan mereka akan bangun seraya melihat."(HR Muslim)

Pendapat kedua berkenaan ayat ini ialah bahawa ketakutan ini adalah satu keadaan berasingan yang berlaku sebelum dua keadaan yang terdapat dalam ayat sebelumnya (al-Zumar 39:69). Pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadith panjang berkenaan sangkakala. Di dalam hadith tersebut dinyatakan tiga tiupan sangkakala iaitu tiupan ketakutan, tiupan kematian dan tiupan kebangkitan berdepan dengan Tuhan semesta alam.*

* Hadith ini (hadith al-Shur) dinyatakan oleh al-imam Ibnu Kathir di dalam tafsir surah al-An'aam ayat 73. Beliau mengatakan "Hadith ini amat ghariib (ganjil). Ismail bin Raafi', tukang cerita penduduk Madinah telah berseorangan dalam meriwayatkannya. Para ulama' telah berselisih pendapat dalam peribadinya, ada yang menguatkannya dan ada yang melemahkannya. Tidak sedikit ulama' yang menghukum hadith ini sebagai hadith munkar (lemah menyalahi yang kuat).

No comments:

Post a Comment