Tuesday, January 12, 2010

Traffic jam di padang mashyar..

Assalamualaikum, bertemu kita sekali lagi dalam ruangan tazkirah pada minggu ini. Moga-moga tuan –tuan dan puan-puan sentiasa di bawah jagaan Allah S.W.T. Kali ini saya akan mempertengahkan isu akhir zaman, iaitu keadaan di Padang Mahsyar.

semua manusia ada melakukan“amalan”, tidak sepatutnya diandaikan maksudnya amalan soleh sahaja. Tetapi sebenar meliputi segala aktiviti kita semasa di dunia ini. Perbuatan kita itu bukan sahaja secara sengaja tetapi juga meliputi perbuatan yang tidak disengajakan baik di waktu kita sedar dan sebaliknya, baik di waktu ingat dan dan waktu kita terlupa, semuanya dicatatkan oleh Malaikat Raqib dan Atid sebagai “bukti’ bila berhadapan dengan Allah pada Hari Perhitungan dan Pembalasan akhirat kelak.

Semua amalan perbuatan manusia di dunia ini akan diberikan rupa di Mahsyar. Amalan baik akan mengiringi pelakunya dan memberikannya ketenangan dan ketenteraman, sedangkan amalan mungkar akan membuatkan pelakunya gelisah dan terus menerus mengecamnya bahkan adakalanya memaksa pelakunya supaya memikul amal buruk itu di atas belakangnya.
Setiap orang yang berdosa, akan melihat segala amalan mungkar yang pernah dilakukan semasa hidup, jika ia tidak bertaubat kepada Allah dari segala kesalahan itu sebelum meninggal dunia. Bertaubatlah bersungguh-sungguh sementara kita masih diberi peluang untuk hidup di saat ini…

secara keseluruhanya, mmg there is mix and types of people will rise from their sleep (death) and dalam pelbagai keadaan semasa perjalanan di Padang Mashyar..

Moga mendapat manfaat dari tazkirah diatas..


No comments:

Post a Comment